Siri 4: Bagaimana pakaian berwarna mempengaruhi kehidupan kita, elakkan merah terlalu kerap

Dari Penulis

Berpakaian putih bukan sekadar untuk mendapatkan hening di dalam ibadat malah ia adalah warna pilihan yang terbaik dipakai setiap hari. Warna putih secara automatik akan menukar maklumat gelombang dari luar yang hendak masuk ke dalam badan kita melalui deria tentang peristiwa sedih , fitnah, kata-kata buruk dan tidak baik menjadi satu maklumat baik serta menyenangkan hati.

Masalahnya, luah Prof Norhisham, ramai orang yang tidak mahu memakai putih kerana bimbang tidak naik seri dan tidak menarik. Memang betul putih bukan warna untuk menaikkan seri seperti merah.

Baca artikel berkaitan: Siri 3: Ini sebab mengapa pakaian ihram dan kain kapan berwarna putih

Sebab itulah orang yang memakai warna merah akan terserlah dan berseri-seri. Malah hadis tentang Rasulullah berjubah merah pun sudah menggambarkan segala-galanya. Apabila sahabat mengatakan ,

“saya belum pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada Baginda.”

Anggapan bahawa putih adalah warna kematian dan roh adalah tidak benar. Walaupun memang benarlah frekuensi warna putih dan roh itu adalah hampir namun bukan bermaksud orang yang memakai putih hampir dengan kematian.

Meskipun putih itu bukan warna yang cantik namun apabila hati memerlukan keheningan maka kita perlu memilih warna tersebut. Misalnya orang sakit yang perlu kepada keheningan perlu pakai putih.

“Orang sakit yang sentiasa memakai pakaian berwarna merah bila hendak sembuh?” soalnya.  

Merah bukan warna yang hening dan tanpa keheningan bagaimana sistem imun dapat bekerja dengan sempurna.

Tegasnya, sebab itulah di hospital kain cadar, sarung bantal, baju pesakit seharusnya berwarna putih untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan menguatkan sistem imun. Itu adalah salah satu kesan reaksi untuk pembersihan tenaga dalam badan.

Sebenarnya apabila kita sakit, roh dan tenaga kuantum tidak stabil namun apabila roh kita kuat penyakit akan cepat sembuh dan terhindar daripada penyakit berjangkit. Penyakit itu terjadi kerana kacau bilau pada tenaga kuantum. Tenaga dalaman kena kuat untuk cepat sembuh dan orang yang mempunyai tenaga dalaman yang kuat mempunyai visi tinggi, semangat berkobar, sentiasa ada idea untuk membuat sesuatu.

Jika kita pakai merah setiap hari maka lama-kelamaan kita akan rasa putus asa kerana rasa terbeban dan jadi buntu, keliru, waswas kerana terbeban dengan warna berat. Warna putih tidak terbeban dan siapa yang memakainya akan sentiasa bersemangat, yakin, ada saja ilham datang yang Tuhan hendak beri tapi merah sebaliknya. Merah pada peringkat awal bagus tapi apabila berterusan ia akan jadi tidak baik. Berlainan dengan warna putih, peringkat awal baik hinggalah akhirnya dan jangka panjang semakin bagus.

Jangan pakai putih jika..

Tegasnya lagi, warna putih memang bagus dipakai sepanjang masa kecuali pada tempat-tempat tertentu seperti kawasan yang ada ilmu hitam, tempat yang mengamalkan sihir, kawasan radiasi,  perkuburan, ketika menziarahi orang mati, masuk kampung atau kawasan yang tidak diketahui siapa penghuninya dan berjalan waktu malam kena pakai hitam.

Jangan pakai putih di kawasan-kawasan yang tidak baik kerana ia akan menyerap maklumat yang tidak baik. Putih akan menerima segala maklumat dan kita tidak mahu maklumat yang tidak baik turut diserap. 

“Berjalan pada waktu malam lebih digalakkan memakai warna hitam untuk mengelakkan semangat kita diganggu. Begitu juga jika masuk ke kawasan keras dan ada tenaga yang buruk lebih selamat mengenakan warna hitam kerana warna itu tidak membenarkan gelombang masuk.

“Apabila hendak tidur kena pakai baju putih dan tidur di dalam gelap. Keadaan itu akan menjadikan diri kita umpama intan yang berkilau-kilauan di dalam ruang gelap, kitalah yang paling terpancar di dalam kegelapan, kita ada sinar yang cukup terang bergemerlapan. Selain itu pakaian putih yang kita pakai juga untuk memudahkan kita mendapat ilham ketika tidur.

“Waktu malam hanya boleh pakai baju hitam ketika hendak tidur apabila tiba-tiba perasaan takut datang. Warna hitam itu akan melindungi diri kita balik kerana ia menolak segala gelombang yang masuk,” jelasnya.

Memang Rasulullah kata putih itu yang terbaik namun Baginda tidak pernah mengatakan bahawa warna lain tidak baik. Kita masih boleh memakai warna lain mengikut keperluan dan kesesuaian hari kerana setiap hari ada warnanya yang dominan. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memakai merah. Sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran kita kena cari rahsianya dan bijak menyusun atur warna-warna itu.

Sebagaimana hadis daripada al-Bara r.a. berkata,

“Rasulullah s.a.w. adalah orang yang sedang, tidak tinggi dan tidak pendek (tetapi lebih dekat kepada tinggi). Saya telah melihat Baginda memakai hullah berwarna merah. Saya belum pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada Baginda.” (HR Bukhari).

Menurut Prof. Norhisham, namun Rasulullah tidak memakai warna merah sepanjang masa. Walaupun hanya sesekali para sahabat melihat Baginda berseri-seri dengan warna itu. Itu kerana warna merah adalah tarikan dan kecantikan sehingga sesiapa yang melihat wajah Rasulullah ketika itu akan termenung selama 360 hari.

Merah itu kuasanya sangat kuat, dominan dan terserlah serta boleh menarik kebendaan tapi tidak boleh berlebihan. Jika dipakai terlalu banyak nanti syaitan pula yang datang kerana merah bukan saja sebagai tarikan yang baik juga kepada yang tidak baik. Wallahu a’lam

____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This