“Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka” – Norman Hakim selesai kontroversi anak secara tertutup, ambil iktibar

Dari Penulis

SELEPAS beberapa hari mendiamkan diri berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang didakwa sebagai perosak rumah tangga, aktor Norman Hakim menyifatkan isu tersebut adalah ‘teguran’ kepada keluarganya.

Norman meluahkan rasa syukur apabila kemelut tersebut akhirnya dapat diselesaikan secara tertutup.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin atas ujian buat keluarga saya, baru-baru ini.

“Insya-Allah, gerak hati dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mengaku salah” – Anak Abby Abadi & Norman Hakim buka mulut, dakwa tak semua cerita yang ditularkan itu betul, Isu anak jadi penyondol, Abby Abadi biarkan netizen komen dulu – “Nanti saya jawab”

Pada masa sama, Norman terbuka dan berlapang dada menerima setiap kritikan dan komen mengenai anak keduanya itu.

“Mohon doakan yang baik-baik, 75,000 pengikut baharu yang hadir sejak dua tiga hari ini, saya anggap kalian semua sebagai sahabat ukhuwah dan silaturahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.

“Saya gembira baca komen anda semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan serta khilaf kami,” tulisnya di Instagram.

Malah, Norman juga memohon maaf kepada semua sejak isu hangat itu mular tular beberapa hari lalu.

“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap saya seisi keluarga.

“Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka utk kembali ke jalan-Nya.

“Segala kelemahan datang daripada kami dan segala yang baik hanya dari-Nya.
“Lillahita’ala saya sayang semua. Mohon jangan terputus silaturrahim kita,” luahnya.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti jadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.

Meluahkan perasaan di platform X, Khamis lalu wanita itu mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi penyondol rumah tangga dibina selama tiga tahun.

Tambah memburukkan keadaan, wanita itu turut menampilkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.

Bagaimanapun, Marissa tampil mengaku melakukan kekhilafan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen, semalam.

Marissa juga meminta agar ibu bapanya tidak dipersalahkan sehingga menimbulkan kesan buruk.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This