Pasar Pintu – Usaha Primus Wellness ke arah Pemerkasaan Wanita Miskin Bandar

Dari Penulis

Terus memperkasa wanita terutama di kawasan bandar, Projek Pasar Pintu menerusi Primus Wellness terus aktif dalam menjayakan projek komuniti berteraskan pemerkasaan komuniti – dari komuniti untuk komuniti. Tiga aspek utama projek ini adalah untuk membimbing wanita miskin bandar ke arah penjanaan pendapatan dan pemerkasaan ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan hidup serta kepimpinan.

Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Primus Wellness, S Malar, projek ini mendapat sokongan dari Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah dan telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Sijil & Pelancaran Fasa III Projek Pasar Pintu.

Ketua Pegawai Eksekutif Primus Wellness, S Malar.

“Ini merupakan projek baharu namun kami teruja dengan prestasi dan sambutan yang diberikan oleh peserta. Kami amat berterima kasih kepada Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan yang telah menaruh kepercayaan dan menyokong projek Ini.

“Tidak lupa juga pada semua penyelaras iaitu Puan Aini, Encik Zaini, Puan Suria, Encik Murugan, Puan Elizabeth, Encik Fauzi, Puan Ogy, Encik Khalid, Puan Bavani dan Encik Letchu untuk sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini,” ulasnya.

Menurut Umi, salah seorang peserta dari PPR Batu Muda, Projek Pasar Pintu ini memberi peluang berbeza dan ilmu mengenai pemakanan yang sihat.

“Saya selalu tak nak keluar rumah dan lebih suka duduk di rumah menjaga anak. Dan peluang yang datang daripada Projek Pasar Pintu ini berbeza sedikit, ia memberi ruang untuk kita berniaga di tempat sendiri. Malah kita juga diajar mengenai pemakanan sihat,” katanya.

Umi, salah seorang peserta dari PPR Batu Muda.

Terdahulu seramai 100 peserta Pasar Pintu yang berjaya menyempurnakan program latihan telah menerima sijil dan akan terlibat dalam Fasa 3 – iaitu fasa menjual sayuran dan buah-buahan di perumahan masing-masing. PA Desa Rejang, PPR Batu Muda dan Flat Desa Mentari antara perumahan yang terlibat dalam projek ini.

Projek Pasar Pintu ini adalah suatu projek perintis dan mungkin yang pertama kali dijalankan di Malaysia.

Majlis turut diraikan dengan kehadiran Fadil, Ketua Pegawai Strategi Yayasan Hasanah, Cheng Aun dari Pejabat Exco Selangor, Pasupathi Pengarah Yayasan Myskills, Dr Shanmugasiva Pengarah Primus Wellness dan Prof Avvari dari Monash University yang juga merupakan rakan kajian ESG Projek Pasar Pintu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This