Rakan Jenama Young Living, OilyLicious Healthcare Sdn Bhd yang diterajui oleh Norhidawati Abdul Aziz menerusi program OXU: Revive, Reborn, Rise terus agresif menyebarkan kesedaran akan manfaat minyak pati dalam membantu menangani masalah kesihatan emosi.
Menurut Norhidawati atau lebih dikenali sebagai Teacher Watie, fokus utama program ini ialah menyebarkan ilmu mengenai kesejahteraan kehidupan insan melalui penggunaan minyak pati Young Living untuk kesihatan mental, fizikal, emotional dan spiritual.
Jelasnya, individu yang mengalami masalah emosi harus mendapatkan bantuan sebelum ia menjadi lebih parah.
“Sampai bila kita harus berharap pada doktor untuk atasi masalah tekanan atau emosi? Macam mana kita nak bantu diri sebelum berjumpa doktor? Ini yang kami panggil Self help. Sebelum pergi ke peringkat perlukan ubat untuk tenangkan diri, kami di sini sedia membantu untuk selesaikan bebanan dan tekanan emosi menggunakan minyak pati.
“Apa yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat ialah terdapat cara untuk membantu masalah emosi menggunakan cara semulajadi dan selamat. Tiada kesan sampingan menggunakan minyak pati.
“Ia mungkin tidak akan selesaikan 100 peratus masalah anda, namun ia membantu masalah emosi dalam diri. Masalah emosi ini akan menyukarkan dan menghalang kita untuk mengambil satu langkah ke depan. Kami mahu masyarakat tahu terdapat sistem sokongan yang dapat membantu mereka daripada segi emosi dan masalah dalaman,” katanya kepada Wanita.

Kesihatan bukan sekadar disandarkan kepada fizikal semata-mata, namun ia melingkupi aspek mental dan emosi. Kata Teacher Watie, masalah kesihatan mental di Malaysia meningkat lima kali ganda selepas pandemik namun masih ramai yang tidak mendapatkan bantuan.
“Bila berbicara soal sihat, ia bukan semata-mata fizikal, namun ia mengambil kira aspek mental dan emosi. Ini aspek yang paling penting untuk hadapi dunia masa kini terutama selepas pasca pandemik.
“Selepas pandemik, mereka yang meminta bantuan Majlis Keselamatan Malaysia berkaitan masalah kesihatan mental meningkat sehingga lima kali ganda. Malah masalah ini turut melanda kanak-kanak dan remaja seawal usia lima tahun.
“Kami di OilyLicious mahu menyebarkan kesedaran betapa masalah emosi dan berkaitan mental boleh diatasi dengan teknik yang betul menggunakan terapi minyak pati,” jelasnya lagi.

Terdahulu, OXU: Revive, Reborn, Rise diadakan dengan kerjasama salah satu kumpulan di bawah naungan OilyLicious iaitu UyaOilers bagi mendidik masyarakat mengenai manfaat minyak pati ini secara holistik.
Program yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam ini bermula pada pukul 8.30 pagi ke 5.00 petang turut disertai oleh ahli dan usahawan Young Living serta orang awam.

