‘Zahid sebaris Tunku Abdul Rahman, Tun Razak’, kata KJ sinis

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat berada sebaris dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak dalam ‘menyatupadukan’ parti-parti politik di negara ini.

Pandangan itu dinyatakan secara sinis bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam episod baharu podcast, ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, hari ini.

Menurut Khairy yang dikenali sebagai ‘pengkritik tegar’ Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri itu berjaya membawa parti yang mempunyai sokongan dominan Cina iaitu DAP kepada kepimpinan Melayu arus perdana.

Katanya, ia dapat dilihat selepas Ahmad Zahid mencipta sejarah menghadiri Kongres DAP, baru-baru ini.

“Teorinya begini, kalau kita anggap Tunku Abdul Rahman sebagai consequential (kebangkitan) sebab dia telah menggabungkan MCA, MIC dan UMNO sebagai unit yang mewakili semua kaum untuk mendapatkan kemerdekaan.

“Tun (Abdul) Razak memperluaskan konsep itu dengan Barisan Nasional (BN), maka sekarang kita boleh katakan dalam satu ayat bahawa Ahmad Zahid sebaris dengan Tunku (Abdul Rahman) dan Tun Razak sebagai tokoh consequential, sebagai pemimpin yang ada kesan kepada sejarah yang sangat mendalam.

“Sebab Zahid telah remake perkongsian kuasa dengan penglibatan DAP. MCA hampir bungkus (dan) sekarang pemerintah Melayu perlu ada partner dominan Cina yang baharu.

“Yang dapat bawa dominan Cina DAP kepada kepimpinan Melayu arus perdana iaitu PKR, Amanah, UMNO dan sebagainya adalah Zahid,” katanya dalam podcast itu.

Baca artikel berkaitan: Saya rasa sedih kepada Anwar, reformasi jadi ‘reformati’ – Khairy

Malah, Khairy yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO secara sinis turut berpandangan wajah Ahmad Zahid boleh diukir di pergunungan seperti Gunung Rushmore di Amerika Syarikat (AS).

“Saya nak buat kesimpulan bahawa kalau sekiranya Malaysia satu hari nanti ada Gunung Rushmore seperti AS di mana mereka mengukir wajah Presiden terhebat di AS.

“‘Gunung Rushmore’ kita akan ada Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak dan Zahid,” katanya.

Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore menempatkan monumen ukiran wajah empat Presiden AS iaitu George Washington; Thomas Jefferson; Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln.

Bagaimanapun, ‘cadangan’ Khairy itu disangkal Shahril yang mengatakan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak sebagai negarawan yang melaksanakan gabungan politik berasaskan keperluan negara.

Pada masa sama, Shahril berkata, Tun Razak merubah konfigurasi politik tanah air dengan penubuhan BN dalam keadaan parti sendiri iaitu UMNO masih mendapat sokongan besar majoriti kaum Melayu.

“Dia tak buat dalam keadaan parti sendiri lemah. Kes sekarang ini adalah apabila nak remake macam-macam tapi parti sendiri tak dapat pertahankan asas penubuhan parti itu iaitu menjadi parti Melayu untuk mendapat sokongan majoriti orang Melayu.

“Bagi saya, dua sebab itu membuatkan saya sukar untuk menerima hujah panjang lebar Khairy untuk menyamakan status Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak dan Zahid,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This