Kajian Saintis Barat membuktikan amalan bersyukur mampu meningkatkan kesihatan tubuh

Dari Penulis

Kata-kata ahli falsafah Jerman, Albert Schweitzer, “Syukur adalah rahsia kehidupan.”

“Bersyukur adalah vaksin, antitoksin dan antiseptik.” –John Henry Jowett.

“Bersyukurlah kepada yang memberikan kebahagiaan kepada kita; mereka adalah pekebun ajaib yang membuatkan jiwa berbunga indah.”- Marcel Proust

Itulah kata-kata pujangga yang menceritakan tentang takjubnya penangan syukur jika diamalkan. Ternyata tidak sia-sia jika hati, lidah dan perbuatan sentiasa melafazkan syukur. Ia amat berbaloi seperti yang dikatakan oleh Dr. Robert A. Emmons, pensyarah Psikologi di Davis Psikologi Universiti California, “sentiasa mengucapkan syukur memberi kesan pada kebahagiaan, kepuasan di dalam kehidupan dan kesihatan fizikal.”

Dr. Emmons memuatkan kajiannya di dalam buku, Thanks! How the New Science of Gratitude Can Make You Happier. Mempunyai perasaan syukur dan mengucapkannya sepenuh jiwa raga ialah kunci kehidupan yang lebih sihat.

Ia bukan sekadar kata-kata yang meniti di bibir saja. Dr. Emmons berjaya membuktikannya secara saintifik bagaimana bersyukur itu boleh meningkatkan kebahagiaan sebanyak 25 peratus.

Hampir sedekad masanya dihabiskan untuk mengkaji kesan perasaan syukur pada kesihatan fizikal, kesejahteraan psikologi dan perhubungan dengan orang lain. Siri kajian yang dijalankan, Dr. Emmons sedaya upaya cuba menanamkan kesyukuran secara sistematik pada hati setiap orang yang mengambil bahagian di dalam kajiannya.

Cara yang dilakukannya adalah dengan memberikan ‘jurnal syukur’ kepada setiap orang. Setiap orang dikehendaki mencatatkan apa saja perkara yang berlaku setiap hari yang dirasakan sesuatu yang menyenangkan atau terhutang budi.

‘Jurnal syukur’ dan semua amalan kesyukuran, nampak macam perkara yang ringkas dan mudah tetapi kesannya memang amat menakjubkan. Percaya atau tidak, di dalam kajian itu Dr. Emmons mendapati subjek kajian yang menyimpan, menulis dan mencatatkan rasa syukurnya secara teratur dan dirakam di dalam jurnal setiap hari akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan.

Kajiannya menggunakan sampel 1000 orang yang berumur 8 hingga 80 tahun selama tiga minggu namun kesan yang diperoleh boleh bertahan selama enam bulan. Inilah hasil kajian yang memberi manfaat apabila syukur itu sentiasa dilakukan secara teratur:

Antara hasil kajiannya bersyukur memberi manfaat kepada beberapa komponen iaitu:

Manfaat fizikal

– Menguatkan sistem imun

– Kurang diganggu kesakitan dan keperitan

– Mengawal tekanan darah

– Dapat melakukan senaman lebih baik dan boleh menguruskan kesihatan dengan cekap.

– Tidur yang nyenyak dan boleh memulihkan tenaga selepas bangun daripada tidur

Manfaat Psikologikal

– Tahap emosi positif yang tinggi

– Lebih pantas, cekap, bersemangat dan sentiasa berhati-hati

– Lebih optimistik dan bahagia

– Gembira dan menikmati keseronokan

Sosial

– Mudah membantu, murah hati dan penuh belas kasihan. Pemaaf, peramah.

– Kurang merasa kesunyian dan terasing

Dr. Emmonns, mengungkapkan makna syukur hasil dari kajiannya. Ia terbahagi pada dua bahagian. Pertama ia adalah kaitan dengan pengakuan pada kebaikan. Dengan bersyukur sesungguhnya hati mengaku bahawa di dalam dunia ini ada perkara kebaikan yang berlaku, anugerah dan manfaat yang kita terima setiap hari.

Ia bukanlah bermakna kehidupan ini amat sempurna, ia juga tidak bermaksud tidak ada rungutan, bebanan dan kesusahan. Tapi apabila kita melihat semula ke dalam kehidupan ini secara keseluruhannya, syukur itu menggalakkan kita untuk mengenal pasti antara nilai-nilai yang baik di dalam hidup.

Bahagian yang kedua pula, syukur itu adalah untuk mencari dari mana kebaikan itu datang. Kita mula menyedari bahawa sumber pada kebaikan yang terdapat di luar. Kita boleh menghargai semua tingkah laku positif tapi syukur yang sebenar ada kaitan dengan kerendahan hati seseorang.

________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This