Wartawan maut ditembak jiran, kepala dipukul tukul besi

Dari Penulis

SEORANG wartawan sebuah media dalam talian di Indonesia, M Sapto Sugiyono (46), ditemui maut selepas disyaki menjadi mangsa penganiayaan jirannya sendiri.

Tribunnews.com melaporkan, kejadian berlaku di Jalan KH Mimbar Dusun Sambong Duran, Desa Jombang, Daerah Jombang di Jawa Timur pada petang Khamis.

M Sapto Sugiyono ditemui dalam keadaan berlumuran darah setelah ditembak oleh suspek menggunakan senapang angin yang mengenai dada mangsa.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang dikenali sebagai MHS@Daim (55) kemudiannya memukul kepala mangsa dengan sebatang penukul.

Mangsa kemudian meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Nama mangsa disenaraikan dalam pasukan editorial media dalam talian itu sebagai Ketua Biro Jombang.

Timbalan Ketua Polis Jombang, Hary Kurniawan berkata pihaknya telah menahan suspek yang yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

“Kami telah menahan pelaku dan ketika ini polis masih mengambil keterangan saksi bagi membantu siasatan,” kata Hary ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Jombang, pada petang Jumaat.

Suspek mengakui bahawa motif pembunuhan itu adalah kerana dia berdendam terhadap mangsa yang sering campur tangan dalam perniagaan atau kerjanya dan ia tidak ada kaitan dengan berita dilaporkan oleh mangsa.

“Pekerjaan mangsa swasta dan dari maklumat yang kami terima (mangsa) wartawan dalam media dalam talian, ia tidak ada kaitan dengan pemberitaan yang dilaporkannya.

“Kenyataan saksi juga menjelaskan ia tiada kaitan dengan berita. Kerana dendam, pelaku percaya kerjanya telah diganggu oleh mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jombang, AKP Aldo Febrianto, mengesahkan bahawa mangsa adalah seorang wartawan media dalam talian.

“Ya, dia (mangsa) adalah seorang wartawan dalam media dalam talian,” katanya.

Polis mengesahkan bahawa hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa yang dilakukan oleh seorang doktor forensik dari Polis Daerah Bhayangkara Jawa Timur menyatakan mangsa meninggal dunia akibat luka tembakan yang menembusi paru-paru dan kecederaan serius di bahagian belakang kepala mangsa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This