SEORANG peniaga cempedak dan goreng pisang maut selepas bergaduh dengan pelanggannya yang sebelum itu menegur harga jualanya agak mahal.
Kejadian berlaku di gerai miliknya berhampiran kedai serbaneka di Assam Kumbang, Taping, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisoner Razlam Ab Hamid, berkata terdahulu pihak polis menerima laporan berhubung pergaduhan itu pada jam 4.15 petang.
Menurutnya susulan laporan itu pihak polis menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 40-an bagi membantu siasatan.
“Difahamkan kejadian berpunca dari mangsa yang berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.
“Susulan dari tindakannya itu berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkannya maut dipukul dilokasi kejadian.
“Turut dirampas dalam kejadian itu adalah topi keledar dan tiga kayu yang patah,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Menurutnya lagi suspek yang juga penduduk setempat ditahan pihak polis dilokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Suspek yang ditahan turut positif dadah jenis morfin dan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 September.
“Pada jam 9.45 pagi Rabu (13/9) Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan.
“Siasatan lanjut masih lagi dibuat dan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

