Bagaimana jadinya jika waktu diubah tanpa mengikut peredaran matahari dan bulan?

Dari Penulis

Malam adalah waktu istirahat untuk badan, tulang, kulit, anggota tubuh dan seluruh seisi alam tidur. Namun keadaannya sekarang sudah terbalik. Umat Islam tidak mengikut lagi cara hidup Islam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kebanyakan kita hari ini suka mengikut cara hidup Yahudi, waktu malam yang sepatutnya digunakan untuk tidur telah dihabiskan dengan berpesta, parti makan malam, aktiviti sebelah malam. Makanya, orang bandar besar seperti Kuala Lumpur sering mendapat penyakit. Malah bukan itu saja, mereka juga jauh dari mendapat petunjuk Allah.

Waktu tidur yang terbaik adalah dari selepas solat Isyak hingga tengah malam, walaupun hanya sejam sudah memadai. Bezanya tidur mula pukul 1 pagi dengan tidur selepas Isyak iaitu dari pukul 9 hingga 12.45 malam adalah tidur yang paling sihat. Selepas 12.30 malam bangun dengan penuh kesegaran untuk menghadapkan diri kepada Allah. Itulah hidup yang paling sihat.

Hal ini sebenarnya jauh berbeza dengan negara luar misalnya Australia, pukul 4 petang semua kedai sudah tutup tapi di Malaysia pukul 11 malam semua kedai masih buka dan ramai lagi yang di luar untuk melakukan segala urusan.

Namun halnya jauh berbeza dengan rakyat Australia selepas pukul 4 petang adalah masanya dengan keluarga makan petang bersama-sama kemudian tidur awal.

Bagi Profesor Datuk Sri Dr. Norhisham Pengasas Colour Vibration Therapy (CVT), di negara kita sememangnya waktu tidur sudah kacau bilau dan antara peredaran masa dengan warna sudah tidak setara.

Sepatutnya sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa mestilah 6 jam perbezaan waktunya iaitu dari terbenam matahari hingga tengah malam bezanya 6 jam, begitu juga dari tengah malam hingga subuh pun 6 jam.

Yang berlaku sekarang dari terbenamnya matahari iaitu pukul 7 hingga tengah malam 12 malam perbezaannya 5 jam, kemudian dari tengah malam hingga terbit matahari 7 pagi sudah jatuh 7 jam perbezaannya.

Sepatunya pukul 6 petang sudah terbenam matahari tapi disebabkan dasar pemerintah yang mempercepatkan waktu Semenanjung Malaysia setengah jam, maka terjadilah seperti hari ini 7.00 petang pun masih belum masuk Maghrib lagi.

Sepatutnya pukul 6 petang sudah masuk Maghrib dan matahari sudah terbenam. Antara matahari beredar dengan masa tidak selaras, akhirnya kita banyak buang masa sebelah petang dan waktu pagi.

Bayangkanlah waktu pagi pukul 7 pagi matahari belum terbit lagi. Apabila kita tidak ikut alam memang ia akan menyebabkan kita kucar kacir. Ia secara tanpa disedari kita telah merosakkan perjalanan kehidupan secara semula jadi, tidur sudah tidak betul, aktiviti siang tidak teratur dan bercelaru.

Masa dan warna adalah sangat berpengaruh. Sudah lari antara masa pada jam dengan waktu yang dicatatkan oleh matahari. Bayangkanlah jika matahari dan bulan tidak beredar pada landasan dan edarannya maka huru-hara planet alam semesta ini.

Antara planet dengan organ kita memang ada kaitannya. Bezanya apabila perubahan waktu itu yang diubah oleh manusia telah menyebabkan kita sebenarnya hanya ada tiga setengah jam saja waktu tidur sebelum bangun tengah malam untuk melakukan solat tahajud. 

Jauh bezanya dengan waktu yang tidak diubah, kita akan mempunyai lima jam waktu tidur sebelum bangun tengah malam. Di situ banyak beza waktunya sebab itulah kita tidak boleh bangun untuk solat tahajud, menelaah dan mendapatkan ilham. Wallahu a’lam

______________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This