Bagaimana amalan kebaikan orang belum Islam sekiranya mereka memeluk Islam?

Dari Penulis

Umum mengetahui Cristiano Ronaldo adalah seorang yang sangat bermurah hati dan banyak menyumbang sejumlah besar pendapatannya dan hasil kemenangannya kepada badan-badan amal dan orang yang memerlukan. Walau bagaimanapun dia belum Islam jadi sudah tentu segala amal kebaikan yang dilakukannya tidak dihitung di akhirat nanti dan hanya dibalas di dunia sahaja.  

Lalu bagaimana sekiranya dia atau orang lain yang belum Islam memeluk agama Islam, adakah segala amal kebaikan yang dilakukan mereka sebelum Islam juga tidak akan dikira dan hanya dianggap sia-sia?

Baca artikel berkaitan: Apakah segala kebaikan Cristiano Ronaldo membantu Maghribi beroleh ganjaran dari Allah

Dalam hal ini kita lihat kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam r.a. katanya,

“Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apa pandangan tuan terhadap perbuatan-perbuatan baik yang saya lakukan sewaktu masa Jahiliyyah seperti sedekah, membebaskan hamba atau menyambung silaturrahim. Adakah padanya terdapat ganjaran pahala? Maka Nabi s.a.w. menjawab,

“Engkau telah masuk Islam beserta semua kebaikanmu yang dahulu” (HR Bukhari & Muslim)

Dalam menjelaskan hadis di atas, Ibn Battal dalam Syarh Sahih al-Bukhari (9/209) menyebut: Dalam hadis ini, Allah S.W.T. memberikan keutamaan kepada orang yang masuk Islam dari golongan Ahli Kitab dengan memberikannya pahala atas kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukannya ketika masa Jahiliah.

Hal ini juga sesuai dengan hadis Nabi yang lainnya, iaitu,

“Apabila seorang yang kafir masuk Islam dan berislam dengan baik, maka Allah akan mencatat semua amal kebaikan yang pernah ia lakukan (sebelum masuk Islam).”

Di tempat yang lain, beliau turut menjelaskan, sebahagian ulama’ berkata, maksud hadis di atas ialah bahawa setiap orang musyrik yang masuk Islam, akan dicatat semua pahala dari amal kebaikan yang pernah dia lakukan sebelum masuk Islam. Dan tidak dicatat semua kejahatannya. Kerana Islam telah menghapus segala bentuk kesyirikan sebelumnya dan mencatat semua kebaikannya.

Imam Badr al-Din al-‘Aini pula dalam Umdah al-Qari menyebut,

“Dan diriwayatkan bahawa kebaikan-kebaikan orang kafir yang akhirnya memeluk Islam akan diterima dan dihitung (menjadi pahala ibadah) baginya. Namun, sekiranya dia mati (tetap) dalam kekufuran, maka hanguslah semua amal kebaikannya”

Dalam sebuah hadis daripada Abi Said al-Khudri, Nabis s.a.w. bersabda,

Apabila seseorang hamba itu telah masuk Islam, lalu berislam dengan baik, nescaya Allah akan menulis baginya (memberi pahala) semua kebajikan yang telah lalu, dan menghapuskan segala kejahatan yang telah lalu.” (HR al-Nasaie)

Al-Sindi dalam menjelaskan hadis ini berkata, 

Hadis ini menunjukkan bahawa kebaikan-kebaikan yang dilakukan orang kafir ditawaqqufkan terlebih dahulu. Sekiranya dia masuk Islam, maka barulah diterima (dicatat amal tersebut baginya).” 

Imam Nawawi turut menegaskan bahawa, 

Yang benar dan merupakan pendapat ahli tahqiqbahkan telah dinukilkan oleh sebahagian mereka bahawa terdapat ijma’ padanya adalah seorang kafir apabila dia melakukan perkara-perkara yang baik seperti bersedekah, menyambung silaturrahim, kemudian dia masuk Islam dan kemudian mati dalam keadaan Islam, pahala tersebut dicatatkan baginya”

Maka begitulah yang berlaku kepada mereka yang belum Islam apabila mereka kembali memeluk Islam. Sebagai orang Islam kita telah diajar bahawa tiada siapa yang akan tahu nasib untungnya pada masa akan datang. Boleh jadi hari ini ada yang belum Islam dan melakukan perbuatan yang sangat jahat atau sangat baik,  namun siapa tahu akan datang sebelum matinya dia maka Allah kembalikan dia kepada agama fitrah dan menjadi muslim. Dan begitulah sebaliknya.

Kerana itu tidak kira siapa pun kita di dunia ini sama ada yang muslim atau belum, perbanyakkanlah amal kebaikan, mana tahu setiap amal yang dilakukan itu akan ada sahamnya di akhirat.

Dan jangan dicemuh segala kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan muslim dengan menganggap kebaikan mereka tidak dikira kerana selagi mereka belum putus nafas selagi itulah mereka masih berpeluang untuk memeluk Islam waima dipenghujung nafas terakhir pun mereka boleh juga kembali kepada Islam. Itu kerana Allah sebaik-baik yang mengetahui apa yang akan berlaku. Berdoalah semoga orang-orang belum Islam yang melakukan amal kebaikan ini akan diberi hidayah, diketuk pintu hatinya untuk menerima Islam. Wallahu a’lam.   

__________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This