Exists ukir sejarah anjur konsert gabungan simfoni orkestra

Dari Penulis

SELEPAS 32 tahun mengukuhkan kerjaya seni mereka sebagai band muzik rakaman profesional, Exists akhirnya mengukir sejarah apabila mereka bakal mengadakan konsert dengan gabungan simfoni orkestra dalam Konsert Exists X Orkestra.

Dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam.

Exists yang dianggotai Ajai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad mengakui bahawa konsert tersebut bakal menjadi satu sejarah peribadi buat diri dan kerjaya muzik mereka.

“Bergabung dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama. Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian mereka pasti mahu melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.

“Kami fikir dengan sudah banyak melakukan persembahan daripada skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra.

“Selama ini kami hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menjayakan sebuah persembahan kolaborasi seperti ini. Akhirnya, impian itu tercapai jua. Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah ini.

“Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” kata Along.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Exists memang dilihat cukup aktif mengadakan konsert di dalam dan di luar negara khususnya di Singapura dan Indonesia. Bahkan, mereka juga turut mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

Untuk Konsert Exists X Orkestra, tiket dijual pada harga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This