Syasya anggap tuduhan mabuk sebagai fitnah, akan lebih profesional – “Memang ada dihidangkan alkohol namun…,”

Dari Penulis

AHLI kumpulan Dolla iaitu Syasya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dirinya mengambil minuman keras ketika hadir di sebuah acara hiburan.

Ujar Syasya atau nama penuhnya Noorsyasya Afiqah Sharizal,22, video yang tular di media sosial baru-baru ini hanya bertujuan untuk memburukkan imejnya.

“Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara. Memang ada dihidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum.

“Jadi kenyataan kononnya mengatakan saya mabuk itu adalah satu fitnah. Tiada video pun yang memperlihatkan saya minum.

“Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan,” katanya memetik laporan mStar.

Malah, bukan itu sahaja, Syasya turut terpalit dengan kontroversi tidak profesional ketika muncul dalam satu program temu bual yang disiarkan secara langsung baru-baru ini.

Jelas Syasya, klip video tersebut telah disunting sehingga menimbulkan salah faham netizen sebelum mengetahui kisah sebenar.

“Kalau lihat video penuh, saya sentiasa senyum sepanjang temu bual itu dan saya berperwatakan seperti biasa.

“Mungkin disebabkan suntingan yang tersebar di media sosial, ramai yang salah faham.

“Saya minta maaf kalau ada yang anggap saya kurang ajar. Selepas ini saya akan lebih profesional,” ujarnya.

Kata Syasya, sebagai seorang selebriti, dia sangat menitikberatkan sikap dan tingkah laku agar tidak menjejaskan nama baik sendiri dan Dolla.

“Orang yang kenal rapat pasti tahu saya tidak akan melakukan perkara yang boleh memudaratkan populariti Dolla, nama baik agama dan juga keluarga.

“Saya bekerja mencari duit dan keluarga percayakan saya. Saya minta maaf jika yang tersebar sebelum ini membawa ajaran buruk kepada golongan remaja.

“Tidak semua perkara di Internet boleh dipercayai. Perkara yang tersebar sebelum ini bukanlah diri saya yang sebenar,” katanya.

Sumber: mStar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This