SEORANG wanita warga emas maut selepas dihanyut ombak besar yang membadai Pantai Bikini, Cape Town dekat Afrika Selatan semalam.
Memetik laporan Times, fenomena ombak besar tersebut telah menghempas tempat kereta Leentjiesklip sebelum menghanyutkan mangsa berusia 93 tahun itu.
Jurucakap Institut Penyelamat Laut Negara (NSRI), Craig Lambinon mengesahkan kematian itu serta menambah bahawa seorang lelaki turut dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital akibat kejadian itu.
Sementara itu, di kawasan Sandy Bay juga turut dilaporkan kejadian seorang remaja terperangkap dalam arus ombak.
“Anggota kami bertindak dengan pantas menyelamatkan remaja terbabit selepas menerima laporan daripada orang awam” ujarnya.
Tegas Lambinon, penduduk setempat diminta menjauhkan diri daripada mendekati pantai kerana dijangka ombak tinggi dan bergelora akan berlaku.
Pakar meteorologi Perkhidmatan Cuaca Afrika Selatan, Lelo Kleinbooi berkata, ombak besar tersebut berlaku disebabkan jumlah air yang tidak normal terkumpul di pinggir pantai lalu menyebabkan paras laut meningkat sehingga menyebabkan banjir pantai.
“Pada pagi Isnin, ombak akan mula surut pada baca 4 hingga 5.5 meter dan pada petang pula dijangka menurun kepada 4 meter,” ujarnya.
Jelasnya lagi, fenomena ini disebabkan oleh perubahan pasang surut air yang kurang ekstrem.
Jurucakap Pusat Pengurusan Risiko Bencana Cape Town berkata, siasatan awal mendapati terdapat lapan kerosakan tanah berlaku di kawasan Pantai Bikini akibat ombak besar ini.
“Jabatan Sisa Pepejal telah mula melakukan operasi pembersihan di sepanjang pantai manakala pihak berkuasa perkhidmatan lalu lintas membantu melakukan penutupan jalan,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

