POLIS mengesahkan telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki bergelar ustaz berusia 38 tahun yang mendakwa dirinya difitnah Mondy Tattoo.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, laporan diterima pada pukul 2.17 pagi tadi.
Katanya, lelaki berkenaan mengatakan dirinya difitnah menerusi video bertajuk ‘The Mondy Tattoo inteview’ yang telah dimuat naik di media sosial beberapa hari yang lalu.
“Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati video tersebut telah mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.
“Video memaparkan wawancara yang dikatakan telah memfitnah individu terkenal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media-media sosial.
Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

