Pekerja Pos Malaysia, Mahkamah Ampang mangsa maut kemalangan di Putrajaya

Dari Penulis

Identiti dua penunggang motosikal yang maut, dalam kemalangan melibatkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini hari ini, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, iaitu pekerja di Mahkamah Ampang.

Beliau berkata pengecaman Faris Haziq telah dibuat oleh ayahnya, manakala Yuswar oleh isterinya di Unit Forensik Hospital Putrajaya, masing-masing pada kira-kira 5.30 petang.

“Post mortem kedua-dua mangsa akan akan dibuat esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai jumlah mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, A. Asmadi berkata kesemuanya terdapat 14 individu terlibat termasuk dua yang maut, berbanding lapan yang dilaporkan sebelum ini.

Dua pemandu kereta dikenali Karli Rastio, 69, serta Abdul Latif Ahmad, 58, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan masing-masing dirawat di zon merah Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Pemandu treler berkenaan mengalami luka ringan di tangan, manakala baki yang terlibat, ada yang mengalami patah tangan dan ada juga yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

A.Asmadi berkata jumlah keseluruhan kenderaan terlibat dalam kemalangan itu ialah 14 buah, iaitu sebuah treler dan sebuah lori, tujuh kereta serta lima motosikal, termasuk sebuah motosikal polis trafik.

Beliau berkata ujian air kencing terhadap pemandu treler didapati negatif dan pemandu itu akan direman esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

— BERNAMA

Wednesday, 20 September 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This