MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan, sudah memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan unsur nadir bumi (REE) di Sik.
Katanya, proses dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dan beliau telah memberi kerjasama penuh bagi membolehkan siasatan berjalan lancar.
“Saya buat kerja (beri kenyataan kepada SPRM) senyap-senyap, kalau tiap-tiap proses agensi semua kena beritahu dalam surat khabar, jahanam kerajaan ini.
“Tak ada serahan dokumen apa, tak ada apa, bagi keterangan biasa. Saya ingat hanya empat soalan saja (ditanya pegawai SPRM).
“Saya bukan orang jahat nak tanya banyak, saya dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun padan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Semangat perpaduan PH-BN di PRK Pulai, Simpang Jeram dibawa ke Pelangai
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.
Muhammad Sanusi berharap, tiada pihak membuat spekulasi mengenai proses keterangan yang diberikannya kepada SPRM kerana kes masih dalam siasatan.
Pada 26 Julai lalu, Muhammad Sanusi memaklumkan, kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM berkaitan isu REE.
Sebelum itu, pada 20 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Bukit Enggang, Sik.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, semua saksi yang dipanggil sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan selain menjangkakan akan ada lagi saksi dipanggil.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

