Yusri Che Lah puji semangat juang The Bos Gaurus

Dari Penulis

PENGENDALI The Bos Gaurus, Yusri Che Lah bangga dengan semangat juang anak buahnya selepas menewaskan Sabah FC 1-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 3-2.

Keputusan malam tadi membolehkan Perak mengatasi Sabah dengan agregat 3-2 selepas mencatat keputusan seri 2-2 pada suku akhir pertama, 15 Sept lepas.

Yusri berkata tiada yang lebih membanggakan apabila melihat pemain berjuang bermati-matian di Stadium Perak yang disaksikan lebih 14,000 penonton.

“Pujian harus diberikan kepada anak buah saya kerana memperlihatkan mereka bekerja keras mempertahankan benteng pertahanan daripada dibolosi.

“Bukan mudah untuk melakukannya kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh dua minit sekali pun, keputusan akan berubah dan malam ini mereka layak meraikan kemenangan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baca artikel lain: PRK Pelangai: Jentera diingatkan berhujah dengan fakta bukan carutan – Asyraf Wajdi

Bagaimanapun keceriaan layak ke peringkat separuh akhir tetap meresahkan Yusri selepas dua pemain utamanya Firdaus Saiyadi dan Wan Zack Haikal mengalami kecederaan pada babak pertama dan kedua perlawanan.

“Saya agak risau apabila terpaksa menukarkan Firdaus di babak pertama perlawanan dan saya mengharapkan kecederaan yang dialami beliau tidaklah begitu serius.

“Begitu juga Wan Zack yang terpaksa dikeluarkan supaya tidak mengalami kecederaan yang lebih serius. Kita ada pemain yang hebat dan saya yakin tempat mereka boleh diisi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata Perak FC layak menang pada malam ini memandangkan semangat jitu yang ditunjukkan oleh pasukan tuan rumah.

“Banyak faktor permainan Sabah tidak seperti di Likas pada 15 Sept lepas di mana kita masih mampu mendapatkan gol, tetapi malam ini berbeza.

“Keadaan padang yang becak, faktor kepenatan yang melanda pemain dan juga kecergasan pemain tidak berada pada tahap yang memuaskan untuk beri saingan kepada Perak,” katanya yang berharap agar pemainnya terus fokus dalam memastikan Sabah mencatat kemenangan selepas ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This