KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi pada puku 11 pagi ini berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia.
Ahmad Fadhli berkata, ini merupakan kali ketiga beliau dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberi keterangan untuk tempoh masa sebulan.
“Saya akan hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 11 pagi ini untuk memberi keterangan berhubung isu Himpunan Selamatkan Malaysia pada 16 September lalu.
“Alhamdulillah pihak polis sangat profesional dalam menjalankan tugas, namun kerana ada laporan, siasatan perlu dibuat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Yusri Che Lah puji semangat juang The Bos Gaurus
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, apa yang berlaku bukanlah suatu halangan untuk beliau memberi kerjasama terbaik kepada pihak berkuasa dalam memastikan siasatan berjalan lancar.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengenal, pasti 28 individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan tersebut mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Katanya, daripada jumlah itu, pihaknya sudah merakam percakapan seramai 16 individu dan berharap dapat menyelesaikan kertas siasatan berkaitan himpunan itu dalam masa seminggu.
Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

