Kemenangan BN jamin pembangunan di Pelangai diteruskan – Ismail Sabri

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) dapat terus menjamin pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 7 Okt ini, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata calon BN Datuk Amizar Abu Adam boleh menjadi ‘jambatan’ antara penduduk dan Kerajaan negeri Pahang dalam membawa pembangunan di DUN Pelangai.

“Kalau (calon daripada) parti bukan daripada BN, mereka akan jadi pembangkang. Saya rasa susah nak bawa pembangunan di sini, tetapi kalau calon kita menang, kerajaan Pahang ini adalah di bawah BN.

“Kita (BN) boleh kerja terus untuk membantu rakyat di sini. Kalau pembangkang yang menang dia tak mampu buat,” katanya kepada pemberita ketika mengiringi Amizar berkempen di Felda Chemomoi, Bentong hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRK Pelangai: Amizar mampu beri BN kemenangan – Ismail Sabri

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata beliau yakin Amizar, seorang anak jati Felda Chemomoi diterima rakyat kerana sikap rendah dirinya.

“Sewaktu saya berjalan dengan dia (Amizar), nampaknya hampir semua orang yang kami jumpa kenal dia. Mereka kata Amizar ini seorang yang baik dan rendah diri, itu yang penting,” katanya yang telah dua hari turun padang bersama Amizar menyantuni masyarakat di Pelangai.

Amizar, 50, yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli pada PRK DUN Pelangai.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This