Dewa 19 bakal pukau Malaysia dengan 54 pemain orkestra

Dari Penulis

KUMPULAN muzik terkenal Indonesia, Dewa 19 menebus janji kembali ke Malaysia dengan kelainan yang dibawa iaitu gabungan bersama 54 pemain orkestra.

Menurut pengasas dan juga vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani, lagu yang bakal dibawa mempunyai elemen yang serius dan sesuai dengan orkestra.

“Semakin kita tua, semakin kita mahukan suara yang mahal, bermain dengan orkestra seperti muzik bukan untuk hiburan, tetapi muzik yang merupakan makanan untuk jiwa.

“Kita hanya mahu membawa budaya yang baharu (orkestra) seperti di Indonesia.

“Kita hanya akan memainkan lagu yang biasa kita main, orkestra hanya membawa satu lapisan baharu dalam muzik yang kami bawakan,” katanya ketika sidang media Dewa 19  Orkestra di Stadium Axiata Arena, malam ini.

Stadium Axiata Arena Kuala Lumpur dipilih sebagai gelanggang meraikan detik bersejarah persembahan orkestra band ikonik Indonesia itu.

Kuala Lumpur merupakan bandar kelima yang bakal menerima persembahan orkestra Dewa 19 selepas Surabaya dan Jakarta di Indonesia.

Dewa 19 hakikatnya sudah mencecah 36 tahun kerana Dhani membentuk kumpulan itu pada tahun 1986 ketika usianya 15 tahun, tetapi hanya lima tahun kemudian mereka melancarkan album.

Dalam pada itu, konsert orkestra itu juga ditambah seri dengan penampilan penyanyi-penyanyi tempatan seperti Sheila Amzah, Jaclyn Victor dan Amir Masdi yang masing-masing dijangka akan membawa dua lagu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This