INSIDEN kebocoran pada bumbung Acxiata Arena adalah kerana proses penggantian bumbung lama kepada baharu masih belum selesai.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam kenyataan memaklumkan, bumbung lama itu adalah sejak 1998 dan proses penukaran bumbung yang baharu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kontraktor yang dilantik.
Jelas PSM, proses penukaran yang dibuat pada pertengahan 2024 itu mengambil masa selama setahun melalui kaedah tidak perlu menutup Axiata Arena bagi penganjura acara.
PSM memaklumkan, sejak pertengahan 2024 sehingga kini, tiada sebarang kebocoran berlaku di kawasan arena.
“Kebocoran yang berlaku disebabkan oleh air hujan yang menitis dan terkena pada gelanggang. PSM dengan kerjasama kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja segera untuk mengalirkan air ke tempat lain sejak pukul 4.30 petang dan gelanggang boleh digunakan semula pada jam 8 malam.
“Pada malam tersebut, PSM dan kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja yang lebih untuk memastikan masalah ini tidak berulang pada hari-hari berikutnya,” jelas kenyataan itu.
Mengulas lanjut, kenyataan itu menambah, PSM dan kontraktor akan menyediakan lebih 10 orang kakitangan untuk bersedia di bumbung selepas ini sepanjang kejohanan berlangsung bagi memastikan insiden tersebut tidak lagi berulang.
Jelas PSM, pihak JKR dan kontraktor juga memberi kerjasama untuk membuat kerja-kerja yang bersesuaian dan ianya sedang berjalan.
Kenyataan itu menambah, PSM telahpun mengenalpasti kawasan-kawasan yang bermasalah dan menyegerakan kerja-kerja yang perlu dilakukan.
“Pihak PSM juga telah mengadakan mesyuarat dengan pihak JKR Wilayah Persekutuan dan kontraktor pada 30 Disember 2024 yang lalu dan menekankan kepentingan acara tidak terganggu dengan kerja penukaran bumbung ini dan telah diberi keyakinan bahawa pihak kontraktor akan membuat tindakan sewajarnya,” jelas PSM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

