Kejayaan Pelan Penstrukturan, Pemulihan TH punca penyerahan semula aset

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEJAYAAN Pelan Penstrukturan dan Pemulihan Lembaga Tabung Haji (TH) menjadi faktor utama penyerahan semula aset milik institusi itu daripada syarikat tujuan khas (SPV).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, keputusan dilaksana kerajaan bagi menyerahkan semula aset itu mengambil kira keupayaan dan kestabilan kewangan TH.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, TH akan memulakan perbincangan secara rasmi bersama Kementerian Kewangan untuk langkah-langkah pentadbiran pengambilan semula aset TH.

Menurut Mohd Na’im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha bersungguh-sungguh melonjakkan TH dengan tadbir urus integriti dan profesional demi menjaga kepentingan umat Islam serta pendeposit.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk menyerahkan semula aset TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan pada tahun 2018.

Baca artikel berkaitan: MoF mula perbincangan serah semula aset TH – PM

“Keputusan diambil Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memartabat TH selaku institusi berdaya saing serta model pengurusan terbaik yang menghayati nilai-nilai Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan Kementerian Kewangan (MoF) akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset milik TH yang kini diletakkan dibawah SPV kementerian itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu diputuskan selepas TH yang sebelum ini bergelut dengan isu pengurusan dan tatakelola sudah mula menunjukkan pemulihan sewajarnya.

Beliau menegaskan penyerahan semula aset itu juga membuktikan bahawa dakwaan aset TH telah diserahkan kepada orang bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This