Isu sandwic ‘ham and cheese’: Salah guna label halal kesalahan serius – Mohd Na’im

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN segelintir pihak yang menyalahgunakan label logo halal pada produk seperti yang tular pada sandwic ‘ham and cheese’ dijual di premis jualan runcit 24 jam dalam Universiti Malaya (UM) merupakan satu kesalahan serius.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan apa-apa isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan label logo halal pada mana-mana produk yang dikeluarkan.

Menurut Mohd Na’im, tindakan menyalahgunakan label logo halal adalah suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa dukacita dengan kejadian yang berlaku di premis jualan runcit 24 jam yang terletak di UM.

“Tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan label logo halal pada produk adalah satu kesalahan yang serius.

“Semua pihak adalah dimohon untuk sentiasa merujuk kepada Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dalam isu-isu berkaitan halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Polis sahkan terima laporan pelajar isu sandwic ‘Ham and Cheese’

Sabtu lalu, UM menutup serta-merta dua premis jualan runcit 24 jam susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui status halalnya.

UM dalam kenyataan memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak diganggu.

Sehubungan itu, katanya, kedua-dua premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Hari ini, Jakim mengesahkan produk sandwic ‘Ham and Cheese’ yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial itu tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia (SPHM).

Agensi tersebut dalam kenyataan hari ini di Facebook rasminya turut memaklumkan syarikat yang menghasilkan produk berkenaan juga bukan pemegang SPHM.

Oleh itu, jelasnya tindakan pihak syarikat mencetak logo halal pada label produk berkenaan adalah salah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This