JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diarahkan untuk membuat siasatan terperinci susulan tindakan sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan pihak tertentu berhimpunan di salah sebuah kubur dalam kawasan tanah perkuburan tersebut.
Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan.
“Semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Baca artikel lain: Buat aktiviti pelik di kubur, polis sahkan terima laporan, rujuk kepada JAWI
“Semua pihak adalah dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung satu video tular memaparkan sekumpulan individu melakukan aktiviti pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memberitahu, laporan polis itu telah diterima pada pukul 10.05 pagi, semalam.
Menurut Mohamad Lazim, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam berdasarkan satu video tular sekumpulan individu sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan.
Video bredurasi 23 saat tersebut tular dalam aplikasi X dan Facebook sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

