243 titik panas di Indonesia, dipercayai punca jerebu serantau

Dari Penulis

IMEJ satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20 menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 243 titik panas dikesan di Indonesia hari ini.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, tiada titik panas dikesan di negara ini.

“Titik panas itu melibatkan 121 di Sumatera dan 122 di Kalimantan Indonesia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASMC pada Ahad melaporkan rantau selatan

ASEAN mengalami keadaan mendung kecuali di bahagian selatan Sumatera, selatan Kalimantan, Jawa dan Kepulauan Sunda Kecil mengalami keadaan kering.

“Kualiti udara di dalam negara pada hari ini didapati masih merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat terutama di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia,” ujar beliau.

Menurut Wan Abdul Latiff, sebanyak 14 stesen mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 12 tengah hari Isnin.

Cheras dan Nilai merekodkan bacaan IPU tertinggi dengan 163, disusuli Seremban 157, Shah Alam (156), Banting (156), Putrajaya (155), Petaling Jaya (155), Port Dickson (155), Taiping (151), Batu Muda (151), Bukit Rambai (151), Johan Setia (151), Banting (136) dan Klang (134) serta Alor Gajah (133).

Ujar beliau, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.

“Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara,” katanya.

Sementara itu, pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, pertanian dan industri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This