HSR ‘Whoosh’ Jakarta-Bandung tawar manfaat ekonomi Indonesia

Dari Penulis

“’WHOOSH’, Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang mula beroperasi pada Isnin, menawarkan manfaat besar kepada Indonesia, terutama dalam meningkatkan jumlah pekerjaan dan aktiviti ekonomi, kata seorang menteri kanan.

Projek yang menawarkan mod pengangkutan tambahan atau kenderaan pengantara itu, merangsang pertumbuhan ekonomi di sepanjang landasan selain memudahkan pemindahan teknologi terkini semasa pembinaan dan sistem kereta api moden.

“HSR akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas, sejajar dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan persendirian,” kata Menteri Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Presiden Joko Widodo merasmikan HSR pertama negara itu dengan kelajuan sehingga 350 km/j untuk perjalanan sepanjang 142 km, menghubungkan Stesen Halim di Jakarta Timur dan Stesen Tegalluar di Bandung, Jawa Barat.

Nama “Whoosh” diilhamkan daripada bunyi yang dihasilkan oleh kereta api itu dan merupakan akronim bagi ‘Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Hebat,’ dalam bahasa Indonesia, atau ‘Penjimatan Masa, Operasi Optimum, Sistem Boleh Dipercayai.’

Ia menawarkan tiga kelas – Kelas Pertama dengan 18 tempat duduk, Kelas Perniagaan (28 tempat duduk), dan Kelas Ekonomi (555 tempat duduk), dengan operasi dijalankan secara berperingkat sehingga 68 perjalanan sehari.

Harga tiket belum dimuktamadkan tetapi dijangkakan antara 250,000 rupiah (RM75.81) dan 350,000 rupiah (RM106.12).

PT Kereta Cepat Indonesia China, sebuah konsortium antara entiti negara Indonesia dan China, mengendalikan projek yang mengurangkan masa perjalanan kepada kira-kira 40 minit berbanding perjalanan selama tiga jam sebelum ini. 

Projek US$7.3 bilion (US$1=RM4.69) itu, termasuk kos lebihan US$1.2 bilion, yang bermula pada 2016 berhadapan kelewatan akibat pembersihan tanah yang perlahan, wabak COVID-19 dan lesen operasi.

Projek HSR Jakarta-Bandung ialah perkongsian strategik di bawah Paksi Maritim Global Indonesia dan Inisiatif Jalur dan Jalan China.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This