Abang Saga pukul penunggang motosikal positif dadah

Dari Penulis

TIGA lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat- Klang, malam kelmarin.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/913

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tiga lelaki Melayu berusia 28 hingga 39 tahun ditahan pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek didapati mempunyai dua rekod lampau membabitkan dadah.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek utama mendapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

UtusanTV semalam melaporkan suspen telah bertindak memukul dan merosakkan motosikal milik seorang penunggang.

Kejadian berlaku selepas penunggang motosikal membunyikan hod terhadap Proton Saga yang dinaiki suspek kerana memandu secara berbahaya.

Suspek kemudian bertindak menghalang penunggang motosikal sebelum mencekik, menumbuk muka, menendang perut dan kaki beberapa kali.

Penunggang motosikal mengalami kecederaan di bibir, tulang rusuk dan kaki serta kerosakan motosikal sebanyak RM250.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This