SELANGOR FC membuat keputusan menamatkan kontrak pemain importnya, Yazan Al-Arab susulan tindakan luar kawalan pemain pertahanan itu menendang pengadil semasa aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC, 24 September lalu.
Pasukan yang terkenal dengan jolokan Gergasi Merah itu dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu diambil selepas satu prosiding tatatertib dijalankan kelab tersebut.
“Berikutan prosiding tatatertib tersebut, kelab telah memutuskan untuk menamatkan kontrak Yazan Al-Arab melalui penamatan kontrak bersama secara serta-merta.
“Kami di Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yazan Al-Arab atas khidmat dan bakti beliau buat Red Giants sepanjang dua musim bersama kelab.
“Kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk masa depan Yazan,” kata kenyataan itu hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tendang pengadil, Yazan Al-Arab minta maaf
Yazan dalam hantaran di Instagram sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tindakan luar kawalan dengan menendang pengadil.
Pemain berasal dari Jordan itu memaklumkan dia menghadapi tekanan psikologi sewaktu perlawanan tersebut selain mendapat perkhabaran bahawa sepupunya meninggal dunia beberapa minggu sebelum itu.
Bagaimanapun, Yazan mengakui kesilapan yang dilakukan dengan insiden tersebut akan dijadikan pengajaran buat dirinya.
Dia dilihat menendang pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir kerana tidak berpuas hati dengan keputusan dilakukan pengadil itu.
Pada aksi itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 namun Terengganu layak ke separuh akhir menerusi agregat 3-1 selepas melakar kemenangan 2-0 pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

