Erodium cicutarium | Tumbuhan unik yang mampu menanam dirinya sendiri ke dalam tanah

Dari Penulis

Dalam sebuah jurnal yang diterbitkan oleh University of California, Berkeley, Amerika Syarikat, seorang pakar biologi, Dr. Jaques Dumais telah menemui satu sifat aneh pada sejenis tumbuhan berbunga, Erodium cicutarium. Benih tumbuhan ini berkeupayaan untuk menggerudi tanah, seterusnya menanam dirinya sendiri untuk bercambah.

Dari segi saintifik, tumbuhan dianggap sebagai organisma multicellular yang biasanya tidak memiliki organ deria serta mempunyai pergerakan yang terkawal dan terbatas. Dengan kata lain, tumbuhan tidak akan bertindak balas atau melakukan sesuatu kerana ia tidak mempunyai akal fikiran.

Namun, bagi sejenis spesies tumbuhan padang pasir, Erodium cicutarium, tumbuhan ini seolah-olah memiliki sifat yang berbeza kerana biji benihnya boleh bergerak dengan cara menggerudi tanah dan menanam dirinya sendiri. Lebih menghairankan, tindakan itu seolah-olah telah didorong oleh kebijaksanaannya.

Erodium cicutarium, tumbuhan yang mampu menggerudi tanah untuk menanam dirinya.

Mengapa benih pokok ini perlu untuk menanam dirinya sendiri? Jawapannya mudah, ia adalah untuk mengukuhkan kedudukannya semasa bercambah serta turut dilihat sebagai sistem pertahanan diri semula jadi. Dengan kaedah ‘menguburkan’ diri itu, flora unik ini dapat mengelak daripada sebarang anasir perosak.

Ini kerana tumbuhan berbunga ini hidup dalam lingkungan tanah tandus dan kering sepanjang tahun. Lokasi iklim begini ditambah dengan angin kencang kerana keadaan bentuk muka bumi yang mendatar serta kekurangan tumbuhan berakar tunjang. Keadaan itu telah menjadikan ia sebagai sebuah tumbuhan survivor.

Disebabkan itu, benih yang turut dikenali sebagai redstem filaree ini perlu menanam diri mereka ke dalam tanah untuk mengelak daripada diterbangkan oleh angin.

Dikenali sebagai tumbuhan survivor.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Dr. Jaques Dumais, beliau mendapati selepas berlakunya proses pendebungaan dan persenyawaan, pokok induk akan mengeluarkan benih yang lembap, seterusnya akan jatuh ke tanah. Apabila mengering, ia akan mengeluarkan untaian seperti sesungut. Untaian itu akan digunakan sebagai lengan untuk menstabilkan kedudukannya ketika melakukan proses penggerudian.

Kemudian, biji benih berbentuk pipih dan berpilin akan berputar seperti gerudi untuk mengorek tanah dan kemudian bergerak ke bawah untuk menempatkan diri di dalamnya. Keadaan tanah yang kering sedikit-sebanyak memudahkan proses penggerudian itu. Malah, Dr. Dumais menganalogikan perbuatan tersebut sama seperti apa yang dilakukan oleh siput laut atau kepah yang mengorek pasir pantai.

Erodium cicutarium adalah sejenis tumbuhan berbunga dan berbuah yang hidup dalam cuaca beriklim panas. Ia dikatakan berasal dari lembah Mediterranean dan kemudian dibawa ke Amerika Syarikat pada abad ke-18 untuk dijadikan sebagai tanaman invasif di bahagian barat daya Amerika. Kini ia turut boleh ditemui di sebahagian besar wilayah selatan benua Amerika Utara.

Tumbuhan ini mempunyai bunga berwarna merah jambu serta berbuah secara dwitahunan. Daunnya menjadi makanan utama kepada larva rama-rama dari spesies Brown Argus. Selain digunakan sebagai herba di dalam bidang perubatan, tumbuhan ini juga turut menjadi sumber utama madu yang sangat bernilai.

Ia menghasilkan benih yang lembab dan akan jatuh ke tanah.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Di dasar laut, saya menemui kebesaran Allah’ – Afizah 

"Saya sangka dasar laut hanya dipenuhi ikan dan batu karang. Rupa-rupanya, di situlah saya belajar erti kehidupan." Luah Pengasas Mikraj...

More Articles Like This