Sambal Goreng Siput Gondang

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Siput gondang banyak terdapat di kawasan sawah padi dan anak-anak sungai. Ada yang mengatakan siput gondang ini baik untuk merawat buasir dan lelah. Harga siput gondang ini boleh mencecah sehingga RM15 untuk 1 kilogram. Rasa siput gondang seperti pedal ayam dan sedikit liat. Siput gondang yang segar sedap jika dibakar dan dibuat sambal goreng,

SAMBAL GORENG SIPUT GONDANG
BAHAN

500 gm siput gondang – rebus dan buang perut ambil isi
½ biji epal hijau -potong dadu kecil
3 tangkai cili hijau – tumbuk halus
8 tangkai cili padi – tumbuk halus
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih – mayang halus
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula pasir
4 sudu besar minyak masak
2 tangkai daun ketumbar – hiris halus
1 batang serai – hiris halus
1 sudu besar jus limau nipis

CARA PENYEDIAAN

  1. Panas minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili padi dan serai. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan siput gondang, epal dan daun ketumbar. Kacau rata.
  4. Masukkan gula dan sos ikan, kacau sebati sehingga epal lembut.
  5. Apabila hampir kering, tutupkan api dan masukkan jus limau nipis. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This