‘Anak papa’ buatkan Dewan Rakyat kecoh, terhenti 10 minit

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SIDANG Dewan Rakyat pagi ini kecoh dan terhenti kira-kira 10 minit selepas Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) didakwa mengeluarkan perkataan ‘anak papa’.

Walaupun tidak menjelaskan kenyataan itu, namun perkataan ‘anak papa’ itu dipercayai merujuk kepada hubungan antara Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang merupakan anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ia selepas usul yang dikemukakan Dr Mohammed Taufiq di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi membahaskan isu sebuah kilang beras di Kedah yang disita kerana disyaki menyorok beras putih tempatan (BPT) seberat 180 tan diterima Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu membentangkan usul tersebut ke Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau berkata, usul tersebut telah diterima Johari dan telah mengarahkan supaya seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ramli Mohd Nor untuk mempertimbangkan usul berkenaan.

“Beliau (Ramli) telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa usul itu merupakan perkara tertentu dan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan.

“Oleh yang demikian, beliau (Ramli) telah membenarkan usul tersebut dirunding di sesi Kamar Khas pada pukul 2.30 petang ini,” katanya.

Tindakan itu kemudiannya menyebabkan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) bangun bertanyakan tentang usul yang telah dihantarnya pada hari Selasa yang masih belum dijawab sedangkan usul Dr Mohammed Taufiq yang dihantar pada hari Rabu telah menerima jawapan.

Awang kemudiannya mencelah dan didakwa telah mengeluarkan perkataan ‘anak papa’ tersebut.

Baca artikel berkaitan: Dewan Rakyat kecoh lebih 20 minit, Radzi diarah keluar

Keadaan itu telah membuatkan beberapa ahli Parlimen kerajaan termasuk Dr Mohammed Taufiq sendiri; RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) meminta penjelasan serta mahu Awang menarik balik perkataan tersebut.

Awang yang diminta memberi penjelasan mengatakan kemungkinan berlaku konflik kepentingan tetapi disangkal Alice yang menegaskan atas dasar itu Johari telah mengarahkan Ramli untuk mempertimbangkan usul tersebut.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin kemudiannya bangkit mengatakan terdapat isu dwi-standard berhubung penerimaan usul antara Dr Mohammed Taufiq dan Shahidan.

“Sebab Arau (Shahidan) hantar pada hari Selasa tetapi tiada keputusan sedangkan Sungai Petani (Dr Mohammed Taufiq) (hantar) hari Rabu dan ada keputusan.

“Tak salah kalau kita kata oleh kerana anak bapa (maka) ada konflik kepentingan dan sebab itu bagi kepada Timbalan Speaker terpaksa buat keputusan.

“Pada saya tak salah untuk Pendang (Awang) katakan oleh kerana anak papa (maka berlakunya) konflik kepentingan,” katanya.

Alice kemudiannya meminta untuk Awang menarik balik perkataan tersebut bagi meneruskan persidangan atau diminta keluar ‘berehat’ sehingga sesi pada sebelah petang.

Bagaimanapun, Awang yang masih enggan menarik balik perkataan itu dan telah diarahkan keluar dari Dewan Rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This