AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin diarah keluar dewan selepas sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhenti lebih 20 minit, sebentar tadi.
Keputusan tersebut dilakukan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas Radzi enggan mendengar arahan supaya duduk dan memberi peluang kepada Perdana Menteri meneruskan sesi penggulungannya.
Situasi itu berlaku sewaktu Anwar yang juga Menteri Kewangan mahu memberi penjelasan berhubung isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Radzi, Perdana Menteri telah membuatkan tuduhan jahat terhadap dirinya dan menuntut Anwar menarik balik kenyataan tersebut.
“Tarik balik, itu sangkaan jahat.
“Ini maruah saya, Perdana Menteri telah menuduh saya tanpa sebarang bukti,” katanya.
Radzi yang kelihatan agak beremosi secara berterusan meminta keadilan daripada Johari.
Baca artikel berkaitan: ‘Menang hari ini, esok minyak turun’ turut dipersetujui Pas – PM
Susulan itu, Johari meminta Anwar memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dibuat tetapi gagal memuaskan hati pembangkang.
Beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut bangkit menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Johari.
Kesemua ahli Parlimen Pembangkang kemudiannya bertindak protes dan keluar daripada Dewan Rakyat.
Perdana Menteri sebelum itu menafikan campur tangan dalam keputusan Peguam Negara yang menarik semula 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid dalam kes rasuah melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
“Apabila peguam negara membuat keputusan, saya bertanya kepadanya (mengenainya). Saya tidak membincangkan perkara itu dengannya. Saya minta dia jelaskan apa sebab (keputusan itu).
“Kamu boleh gelak Putrajaya. Kerana kamu buat perkara itu, masa pentadbiran kamu buat perkara itu,” katanya di Dewan Rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

