Ambil tindakan tegas terhadap MYAirline Sdn Bhd – Guan Eng

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN paling tegas perlu dikenakan terhadap syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd yang menghentikan operasi secara tiba-tiba tanpa sebarang jaminan pulangan bayaran tiket kepada 125,000 penumpang.

Itu penegasan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang melihat tindakan MYArline Sdn Bhd itu sebagai satu tindakan jenayah kerana memperdaya penumpang dengan jumlah RM20 juta bagi tempahan tiket penerbangan sehingga Mac 2024.

Menurut Guan Eng, pihak pengurusan telah melakukan jenayah apabila cuba menyembunyikan maklumat penting dan memperdayakan pihak berkuasa serta penumpang yang telah ke lapangan terbang hanya untuk mengetahui bahawa penerbangan mereka sudah tiada.

“Ramai penumpang berasa tertipu dan marah terutamanya 10,000 penumpang untuk 39 penerbangan yang sepatutnya telah berlepas semalam.

“Ia membawa kepada persoalan penting bagaimana MYAirline Sdn Bhd diberikan lesen operasinya oleh kerajaan terdahulu walhal syarikat tersebut memiliki latar belakang kewangan yang diragui?

“Kegagalan urus tadbir sebegini oleh kerajaan terdahulu telah mencemar reputasi antarabangsa Malaysia dalam industri penerbangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Abang Johari sangkal dakwaan anaknya ambil alih MYAirline

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, keutamaan yang perlu diberikan ketika ini adalah kepada 125,000 penumpang terjejas untuk mendapat pulangan sepenuhnya tiket penerbangan berjumlah RM20 juta.

Beliau berkata, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang mungkin telah bersubahat dengan syarikat penerbangan terbabit.

Terdahulu, syarikat penerbangan tambang murah itu mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.

MYAirline dalam kenyataan memaklumkan, keputusan sukar itu terpaksa dilakukan kerana syarikat tersebut berhadapan tekanan kewangan.

Ia juga dilakukan sementara menunggu penstrukturan dan penjanaan semula modal saham syarikat tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This