KERAJAAN Madani akan meningkatkan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM3,100 kepada RM3,700 pada tahun hadapan.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Madani Kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Beliau berkata, untuk STR 2024, bayaran pertama dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 akan disalurkan sebelum Ramadan.
“Tahun ini, kita telah perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad RM200 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.
“Mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan,” katanya.
Baca juga: Belanjawan 2024: Semak semula tarif elektrik bagi penghuni strata – MIPFM
Mengulas lanjut, Anwar berkata, STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Menurut Anwar, bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari 2024.
“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR. Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
“Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

