CBP tawar skim pembiayaan CoStart sehingga RM1 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CO-OPBANK Pertama (CBP) memperkenalkan skim pembiayaan CoStart sehingga RM1 juta bagi membantu koperasi kredit yang baru ditubuhkan kurang dari tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, skim CoStart bertujuan menyediakan pembiayaan bagi modal pusingan aktiviti pembiayaan peribadi koperasi kepada anggotanya.

Kata beliau, syarat CoStart adalah pembiayaan tersebut berlandaskan konsep Tawarruq sebagai kontrak pembiayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar

“Menerusi skim ini, koperasi kredit baharu yang ditubuhkan kurang dari tiga tahun yang mempunyai kod Potongan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM) layak memohon.

“Skim ini merupakan satu inisiatif CBP seiring dengan peranan syarikat sebagai sebuah bank koperasi dalam Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021 – 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: CBP sertai ICCMY2023 di Semporna, Sabah. Pupuk kesedaran alam sekitar

Mengulas lanjut, Khairil Anuar memaklumkan, CBP memperuntukkan dana sebanyak RM10 juta sebagai permulaan bagi menjayakan skim tersebut.

Beliau berkata, CoStart telah pun dibuka untuk permohonan sejak 1 Oktober lalu dengan pembiayaan minimum RM300,000 dan maksimum sehingga RM1 juta.

Katanya, tempoh pembiayaan ditawarkan sehingga 10 tahun.

“CBP amat komited untuk membantu gerakan koperasi di negara ini dan ini merupakan langkah yang diambil CBP bagi memasyarakatkan koperasi dan secara tidak langsung dapat membantu memperkasakan gerakan koperasi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This