Kibar kain rentang dasar laut 10 meter, CBP cipta rekod Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CO-OPBANK Pertama (CBP) melakar sejarah dalam Malaysia Book of Record (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut. 

CBP dalam kenyataan memaklumkan, kain rentang yang dikibarkan di Taman Laut Pulau Perhentian itu adalah sempena sambutan Hari Guru 2023, 16 Mei depan. 

Menurut CBP, ia juga merupakan salah satu usaha syarikat itu merakamkan penghargaan kepada warga pendidik seluruh negara. 

“Misi mengibarkan kain rentang ini turut disertai penyelam berlesen daripada kalangan guru, murid, penyelam jemputan dan profesional termasuk Ketua Pegawai Perbankan Runcit CBP, Rafis Mahtar,” katanya dalam kenyataan itu. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar memaklumkan, program mengibarkan kain rentang itu merupakan inisiatif di bawah CB-Proaktif. 

Baca artikel berkaitan: CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak

“CB-Proaktif merupakan inisiatif yang memberi tumpuan kepada penjagaan alam sekitar dan juga CB-Pendidik yang memfokuskan kepada aktiviti berkaitan pendidikan. 

“Program ini juga sebagai satu usaha CBP untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar, lautan dan gaya hidup sihat. 

“Ia dapat dilakukan melalui aktiviti rekreasi sukan selam skuba dan pemuliharaan laut serta meningkatkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam marin,” jelas beliau. 

Seramai enam penyelam dari CBP bersama 27 penyelam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan agensi-agensi lain telah berjaya membentangkan kain rentang gergasi itu. 

Pengiktirafan tersebut telah disahkan wakil MBOR, Lee Pooi Leng yang telah pun menyampaikan sijil pengesahan kepada wakil CBP, Rafis Makhtar. 

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This