AEYDAN pertaruh Bintang, teruskan legasi Rabbani sebar syiar Islam menerusi lagu dakwah

Dari Penulis

Mempertaruhkan single pertama berjudul Bintang, AEYDAN yang dianggotai enam anak muda mahu terus memperjuangkan elemen lagu berunsurkan Islamik. Kumpulan anak muda ini tidak asing dalam komuniti nasyid kerana ke semua anggota AEYDAN merupakan anak kepada ahli kumpulan nasyid Rabbani. Vokalis utama AEYDAN sendiri merupakan anak keempat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, tokoh besar nasyid tanah air.

Bintang menceritakan tentang tokoh-tokoh yang banyak berjasa dalam dunia dakwah khususnya penyanyi nasyid generasi awal. Mereka merupakan idola AEYDAN dan anak muda ini mahu meneruskan legasi menyebarkan syiar islam menerusi alunan lagu.

Projek AEYDAN Bintang ini adalah satu kolaborasi bersama beberapa figura nasyid seperti Daqmie, Wan Saleh, Saujana, Nowseeheart dan Rabbani melalui label Scriptology Music dan Rabbani Empire Resources. Beberapa siri perkongsian ala ‘Kelas Nasyid Ekspres’ boleh ditonton peminat di laman Youtube Scriptology Music.

AEYDAN satu nama yang mempunyai auranya tersendiri, dalam bahasa greek atau latin sebutannya Eden iaitu bermaksud satu tempat yang cantik dan indah. AEYDAN merupakan generasi Rabbani yang terdiri daripada Ilham, Izwan, Farhan, Haikal, Fardeen dan Alif.

Video muzik Bintang diterbitkan oleh Kashfy Studio dan diarahkan oleh Suhairil Izham. Muzik video ini dirakamkan berlatar belakangkan hangar kapal terbang, Politeknik Banting. Satu mesej besar yang dibawa pengarah dalam muzik video ini adalah : Dari Banting ke Bintang. Tanpa ilmu, usaha dan impian tinggi tak bisa dicapai.

Sebarang tempahan persembahan, hubungi Rabbani Empire Resources melalui Azadan Rabbani di talian 011-32621042


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This