Remaja 16 tahun parah dipercayai mangsa langgar lari lori

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal parah selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 5.5, Lebuhraya Elite dari Putrajaya ke Shah Alam, 3.40 petang semalam.

Lori berkenaan disyaki telah melarikan diri selepas kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama pembonceng masing-masing wanita berusia 16 tahun dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Taman Puchong Permai ke rumah di Kampung Sri Aman.

Sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki motosikal Honda RSX telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera parah pada kaki kanan dan telah dibawa ke Hospital Klang manakala pembonceng dibawa ke Hospital Putrajaya bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 0194642222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This