KEKEJAMAN yang dilakukan oleh negara tidak diiktiraf, Israel terhadap rakyat Palestin berpunca daripada sokongan Amerika Syarikat (AS) ke atas Tel Aviv.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sekiranya AS menarik balik sokongan dan menghentikan bantuan ketenteraan, rejim Zionis tidak akan berani melakukan pembunuhan besar-besaran.
Justeru, beliau mahu negara kuasa besar dunia itu bertanggungjawab dan mengakui kesilapan yang sedang dilakukan sehingga membawa kebinasaan kepada rakyat tidak bersalah.
“Kerajaan Amerika Syarikat perlu tampil dan bercakap benar. Israel dan pasukan IDF-nya adalah pengganas.
“Amerika Syarikat terang-terangan menyokong pengganas. Jadi, Amerika Syarikat ini negara apa?,” soalnya menerusi satu hantaran di Facebooknya, malam tadi.
Baca artikel lain: Projek PSI: Nelayan mula mendaftar, terima baik SIMP
Selain itu, Dr Mahathir menyifatkan, dakwaan Presiden Joe Biden bahawa pengeboman hospital di Gaza berpunca dari roket milik pejuang Palestin yang tersasar adalah kenyataan karut dan tidak masuk akal.
Ujarnya, tidak perlu ada rasa sangsi sama sekali bahawa pengeboman Hospital Ahli Arab ialah dari serangan udara Israel yang hendak melenyapkan rakyat Palestin dan Gaza dari muka bumi.
“Naratif Biden hanya bersandar kepada maklumat dari Netanyahu dan Pentagon. Netanyahu sudah pasti berbohong.
“Dan kalau Biden mempercayai Pentagon, dunia masih belum lupa bagaimana Pentagon dan institusi Amerika yang lain berbohong mengenai kewujudan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) di Iraq.
“Malahan baru-baru ini, Biden terbukti membohong apabila mendakwa menyaksikan gambar Hamas menyembelih bayi.
“White House sudah menarik balik kenyataan tersebut dan mengakui tidak ada bukti perbuatan sedemikian. Persoalannya bagaimana Biden boleh berbohong sebegitu rupa tanpa sedikit pun rasa malu,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

