Berdepan masalah monitor di telinga, perjuangan Ayai dalam ASGV terkandas di minggu kelima

Dari Penulis

PENYANYI Ayai menjadi bintang keempat tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad.

Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin, 61 menyanyikan lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra gagal menambat hati juri untuk kekal ke minggu berikutnya.

Dengan markah 53 peratus daripada juri profesional menjadikan dia peserta tercorot minggu ini.

Menurut ketua juri Datuk Ramli MS, Ayai mempunyai masalah tempo selain tidak mempunyai nafas yang mencukupi untuk membawakan lagu itu.

“Tempo dekat depan dua kali hancur… Nafas dekat belakang tercungap. Ada tempat tidak sempurna,” ujarn

Menurut Ayai, masalah tempo itu adalah disebabkan daripada monitor telinganya yang tidak berfungsi.

“Ear monitor saya nak jatuh menyebabkan saya terlari tempo,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Liza Hanim mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 70.50 peratus, diikuti Naqiu (69.75) dan Jaclyn Victor berada di kedudukan ketiga (69).

Dalam pada itu, Naqiu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This