Wan Saiful diarah ke mahkamah hadapi pertuduhan AMLA esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan telah diminta untuk hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta esok bagi menghadapi pertuduhan baharu.

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dalam kenyataan di Facebook memberitahu, beliau diarahkan untuk hadir pada pukul 8.30 pagi esok.

Menurut Wan Saiful, beliau difahamkan pertuduhan baharu itu akan dikenakan di bawah pengubahan wang haram (AMLA).

Bagaimanapun, Wan Saiful memaklumkan masih belum jelas mengenai pertuduhan yang akan dikenakan terhadap dirinya itu.

“Saya akan hadir untuk mempertahankan diri dan saya yakin mahkamah adalah tempat terbaik untuk saya mendapatkan keadilan.

“Saya berterima kasih kepada para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoal siasat saya dengan berhemah,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Baca artikel berkaitan: Wan Saiful nafi buat kenyataan mahu pulangkan duit Jana Wibawa

Bagi pertuduhan pertama, Wan Saiful, 48, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn. Bhd. mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.

Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn. Bhd. sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan surat setuju terima bagi projek tersebut.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Sesyen menolak permohonan Wan Saiful untuk mengetepikan dua pertuduhan berkenaan selepas mendengar hujahan tambahan dikemukakan pihak pembelaan serta pendakwaan.

Sehubungan itu, Hakim Rozina Ayob, memerintahkan kes itu diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan pada 25 hingga 27 Mac, 29 dan 30 April dan 20 hingga 22 Mei tahun depan dengan 27 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This