Isteri Wan Saiful Wan Jan meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ISTERI kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan iaitu Datin Alena Omar dilapor meninggal dunia hari ini.

Difahamkan, Allahyarham Alena, 49, menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Berita pemergian isteri Wan Saiful itu disahkan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin dalam hantaran di Facebook.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah diucapkan kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan di atas kehilangan isteri yang tercinta petang ini.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Datuk Wan Saiful dan keluarga dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) turut menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu itu termasuk Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Salam takziah buat sahabat seperjuangan kami Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Datin Alena Omar sebentar tadi.

“Saya mendoakan semoga roh Allahyarham tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman,” tulis beliau.

Baca artikel lain: Wan Saiful dedah gambar, butiran perbualan WhatsApp cubaan ‘ejen’ kacau ganggu supaya sokong PM

Sementara itu, FMT melaporkan Allahyarham Alena telah meninggal dunia akibat kanser dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.07 petang tadi.

Menurut laporan tersebut, Alena yang menghidap kanser sejak empat tahun lalu dirawat di IKN pada 25 Jun lalu selepas kesihatannya mula merosot.

Jenazahnya dijadual disembahyangkan di Masjid Sungai Sekamat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Kajang, petang ini.

Sebelum ini, Wan Saiful memaklumkan isterinya telah dimasukkan ke wad hospital di Kuala Lumpur akibat kanser usus Tahap 4.

Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun media sosial Facebook miliknya, awal Jun lalu, beliau memaklumkan keadaan isterinya ketika itu pada tahap kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.

Jelas beliau, isterinya sudah lama menghidap kanser usus dan menjalani rawatan kimoterapi sejak tahun 2020.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This