HEBOH di platform X apabila seorang individu mendakwa abang kepada kekasih penyanyi Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Rania Al Sadat, liat untuk membayar hutangnya berjumlah RM12,000.
Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan turut mendakwa sudah tiga tahun dia menunggu hutang itu dijelaskan, namun hanya tinggal janji kosong. Malah, individu tersebut meminta Sufian untuk menyelesaikan hutang itu.
“Ini saya nak cakap ini, saya dah tahap penat eh minta hutang dekat abang dia (Rania). Dah tiga tahun tau aku tunggu dia bayar. Janji nak bayar tapi tak pun. RM12,000 bukan sikit, banyak woi!.
“Alif Al Sadat bila kau nak bayar hutang kau? Tak pun suruhlah bakal adik ipar kau bayarkan. Saya dah tak ada jalan lain. Dia tak balas, dia tak muncul ajak jumpa. Macam mana nak selesai cara baik. Dah tiga tahun aku tunggu hutang aku,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Terasa Ada’ itu enggan berdiam diri dan membalas ciapan tersebut dengan mengatakan kekasih hatinya itu tidak mempunyai abang.
Bahkan Sufian turut mempersoalkan tindakan individu itu memintanya untuk membayar hutang orang lain.
“Dia tak ada abang. Kalau ada pun, engkau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa?,” ujarnya.
Akan tetapi, hasil tinjauan mendapati individu tersebut dilihat sudah memadam ciapan tersebut selepas menerima kecaman daripada netizen.
Pada Sabtu lalu, keluarga Sufian dikhabarkan sudah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya namun sehingga kini masih belum ada pengesahan daripada penyanyi itu.

