Bell Ngasri kini duta wangian Sky, Bell Edition. Beli ‘perfume’ dan rebut hadiah lebih RM500K di Karnival Kedah Best

Dari Penulis

Mengakui rezeki semakin mencurah, pelawak dan juga Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 35, Bell Ngasri kini dilantik sebagai duta wangian Sky, Bell Edition.

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43, menyatakan keterujaan apabila pertama kali diberi peluang menjadi wajah rasmi  jenama wangian.

“Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti diberi peluang menjadi duta wangian, walaupun hanya diikat selama sebulan namun ianya satu pengalaman yang cukup mengujakan.

“Dan pastinya Festival Kedah Best bakal menjadi platform untuk saya turun bertemu peminat yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong kerjaya lakonan saya,” ulasnya kepada media.

Sukar untuk menolak stereotaip watak orang kampung, namun ulas Bell ia sama sekali tidak memberi kesan kepada pemilihannya sebagai produk komestik.

“Memang saya selalu bawa watak orang kampung, namun Bell Edition merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia. Ia satu percubaan yang baru dan kami akan melihat bagaimana penerimaan orang ramai terhadap produk ini,” tambahnya lagi.

Tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener, menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai wajah rasmi produk keluarannya bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.

“Ini merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama Sky, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan kami datang dengan tiga variasi dan ia akan dijual di platform online yang Iconic Sky Entertainment sediakan.

“Bell Eau De Parfum for Him, kami tampilkan bauan citrus fresh manakala untuk Bell Eau De Parfum for Her pula, kami tumpukan kepada aroma sweet rose. Untuk Bell Freshener yang sesuai untuk diletakkan di dalam kereta atau rumah, kami tampilkan wangian vanilla cream.

“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan, seterusnya memikat hati orang ramai. Kami percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas,” kata Danial.

Dalam pada itu, Danial turut mengumumkan acara Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian Sky ini.

“Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan.

“Bell Ngasri sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan.

“Pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perbezaan jantina mangsa tidak seharusnya membezakan kes jenayah seksual kanak-kanak

Oleh : Dr Haezreena Begum Abdul Hamid KES melibatkan seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar...

More Articles Like This