Dr Zulkifli infak jam Rolex pemberian Raja Saudi, buka bidaan RM40,000 untuk Palestin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengambil inisiatif menjual jam berjenama Rolex miliknya untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Menurut Dr Zulkifli, jam Rolex tersebut merupakan cenderamata yang dihadiahkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz kepadanya pada 2017.

Beliau berkata, jam Rolex tersebut akan dijual secara bidaan pada harga bermula RM40,000 dengan kenaikan bermula RM100 ke atas.

“Titah Baginda Raja Salman untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati.

“Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas.

“Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di komen (akaun X Dr Zulkifli),” katanya menerusi perkongsian di aplikasi X hari ini.

Bidaan jam Rolex di akaun aplikasi X Dr Zulkifli.

Menceritakan mengenai pemberian jam Rolex tersebut, Dr Zulkifli berkata, ia bermula pada Februari 2017 apabila beliau mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.

Jelas Dr Zulkifli, beliau telah diminta oleh Kerajaan Malaysia selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia menyampaikan ucapan di hadapan Raja Salman dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Beliau berkata, pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di malaysia kemudian menghubunginya beberapa hari selepas kunjungan hormat itu dan mengatakan ada cenderamata yang dikirimkan Raja Salman.

“Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri. Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

“Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This