Mas Khan ‘tukar’ Masyitah undang kecaman dari netizen

Dari Penulis

PELAKON Mas Khan dikecam netizen gara-gara tindakannya mengenakan pakaian serta solekan seperti wanita bersempena sambutan Halloween.

Menerusi video hantaran berdurasi 30 saat di TikTok, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan dilihat memakai busana wanita dan berambut palsu berwarna perang.

Malah, wajah pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu disolek dengan gincu, pemerah pipi dan pembayang mata.

Dalam pada itu, Mas Khan juga sempat berseloroh dengan mengatakan namanya pada malam tersebut adalah Masyitah.

“Hai guys. Nama saya Mas Khan. Eh, no! Oh my god, sorry. Nama saya Masyitah.

“Saya nak bagitahu, kali ini saya nak buat kerja gila sedikit,” ujarnya.

Meninjau ruangan komen di Tik Tok, rata-rata pengikutnya memberikan komen positif dan baik namun video itu juga diulang muat naik beberapa akaun Facebook dan menempa komen dari perspektif berbeza. 

Rata- rata netizen di aplikasi itu meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Mas Khan yang didakwa sengaja melanggar hukum agama kerana menyambut Halloween.

Dalam pada itu, mereka turut menegur pelakon tersebut kerana telah berpakaian menyerupai wanita selain mendoakannya agar segera bertaubat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This