Ella lihat konsert sebagai jalan untuk bersolidariti bersama Palestin – “Peluang buat saya sebagai penyanyi untuk beri kesedaran”

Dari Penulis

PENYANYI rock ternama Ella beranggapan konsert ialah peluang terbaik buatnya bagi memberikan bantuan serta menyalurkan semangat solidariti kepada Palestin.

Menurut Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Haji Aminuddin, 57, dia melihat konsert sebagai satu cara yang terbaik untuk menghimpunkan orang ramai serta berkongsi rasa cinta dan sokongan kepada bumi bergolak itu.

“Bagi saya niat untuk teruskan konsert itu adalah kerana itu adalah peluang buat saya sebagai penyanyi untuk beri kesedaran kepada semua.

“Bila lagi kita dapat himpunkan ramai orang macam itu dan bersama-sama menyalurkan bantuan kepada Palestin kan?,” Soalnya.

Konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ yang berlangsung di Pulau Pinang Sabtu lalu berjaya mengutip kutipan sebanyak RM 30,000 dan disalurkan kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia.

Pada konsert itu, Ella menyampaikan lebih 40 lagu. Antaranya, Sembilu, Kesal, Nuri, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In The Eyes Of The World, Gemilang, Layar Impian dan banyak lagi.

Ella & Dr Linda menyantuni warga emas di Pulau Pinang

Aktiviti masyarakat ini ialah hasil kerjasama syarikat pengurusan Ella, RockQueen, Skyhill Clinic serta Kelab Wanita Ikon Malaysia dalam menyantuni warga emas di Rumah Jagaan Warga Emas Darul Hannan Pongsu Seribu, Pulau Pinang.

Menurut Ikon Wanita Pulau Pinang 2022 juga merangkap ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Skyhill Clinic, Dr Linda Mat Hassin, objektif utama bagi aktiviti ini adalah untuk memberikan keceriaan kepada penduduk di rumah jagaan tersebut sekali gus dapat menabur bakti kepada negeri kelahiran Ella dan Dr Linda.

“Kami berdua lahir di penang namun tidak membesar disini maka ini adalah peluang baik buat kami berbakti kepada negeri kelahiran kami.

“Disebabkan populasi menua di negara kita ini semakin meningkat maka kami ingin membantu sedikit sebanyak yang boleh dalam memberikan sedikit kecerian dan bantuan lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ella juga sempat berkongsii berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu dan akui khuatir jika malam konsert terpaksa dibatalkan namun tapi berbekalkan doa, semangat dari semua serta penjagaan yang rapi oleh Dr Linda, Ella berjaya menghiburkan 14,000 penonton yang hadir.

“Alhamdulillah walaupun penat dan sakit beberapa minggu lalu tapi dengan doa serta semangat dari semua semalam (Sabtu) kita semua dapat berikan yang terbaik kepada penonton.

“Saya bersyukur juga kepada Dr Linda sebab ada disana dan memantau kesihatan saya sepanjang waktu konsert langsung,” ujar Ella.

Aktiviti ramah mesra bersama warga emas di sana juga turut meriahkan dengan persembahan daripada Ella dan perkongsian kesihatan dari Dr Linda.

Kesan terapi hormon buat kesihatan Ella

Dr Linda Mat Hassin atau juga dikenali Dr hormon ialah seorang Doktor Perubatan yang berpengaruh dan peneraju kepada Terapi Hormon Bio Identikal, kesihatan dan Kesejahteraan Wanita, dan merupakan Penceramah Tempatan & Antarabanga.

Menurut Dr Linda, Skyhill Clinic memperkenalkan sebuah inovasi moden dalam kaedah mengawal keseimbangan hormon terutamanya kepada mereka yang menjalani rutin harian yang sibuk.

Selain itu Dr Linda juga mendedahkan bahawa Ella juga salah seorang yang mendapatkan rawatan yang ditawarkan di kliniknya.

“Seiring dengan peningkatan usia, badan akan merembeskan lebih banyak hormon stres seperti pelepasan kortikotropin (CRH), glukokortikoid dan epinefrin.

“Bagi saya penting buat semua tidak kira wanita atau lelaki peka dengan isu hormon ini kerana ia boleh berkait dengan isu kesihatan yang lain,” ujar Dr Linda.

Ella turut bersetuju dan berkongsi tahap kesihatan dan hubungannya bersama suami semakin meningkat sejak dia menjalani rawatan terapi hormon sejak dua tahun lalu.

“Terapi hormon memang dapat membantu menambah baik hubungan suami isteri selain dari itu sikap positif, selalu rindu dan sayang,” katanya.

Untuk info, Dr Linda ialah salah seorang doktor yang terlatih dibidang rawatan hormon lanjutan oleh Dr Hertoghe juga dikenali sebagai ‘ Father od Hormones’ daripada International Hormones Society ( IHS), Belgium. Kini, Dr Linda memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Skyhill Clinic, Denai Al


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This