PM gulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar 5.30 petang ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan membuat perbahasan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat dasar pada pukul 5.30 petang ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Perbahasan peringkat dasar mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian yang lain dilaksanakan dalam tempoh lapan hari bermula 16 Oktober, disusuli penggulungan selama empat hari mulai 30 Oktober.

Anwar dijangka memberikan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara yang diumumkan ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober, termasuk pelaksanaan dasar gaji progresif.

Beliau dijangka menggariskan mekanisme bagi sistem gaji progresif itu.

Baca artikel berkaitan: Sidang tergempar OIC: ‘Saya telah minta Menteri Luar hubungi Turkiye, Arab Saudi’ – PM

Sesi penggulungan hari ini juga akan menyaksikan Perdana Menteri menjelaskan usaha yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk melaraskan semula ekonomi negara ke arah yang lebih kukuh, merancakkan sektor perniagaan serta mencapai keseimbangan sokongan fiskal dan perbelanjaan berhemat.

Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ melibatkan peruntukan RM393.8 bilion, iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia, dengan RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.

Antara inti pati Belanjawan 2024 ialah defisit fiskal 2024 diunjurkan berkurangan kepada 4.3 peratus daripada sasaran 5.0 peratus pada tahun ini.

Kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac, 2024.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This