KONFLIK di antara Palestin dan negara tidak diiktiraf Israel sama sekali tidak menjejaskan Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan persiapan pengurusan operasi haji Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebarang persiapan luar biasa tertakluk kepada panduan dikeluarkan Arab Saudi dan Kementerian Luar sekiranya perang masih berterusan.
“Tapi dalam masa sama kita tertakluk kepada panduan, nasihat daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Haji (dan Umrah) Arab Saudi.
“Mereka akan menentukan. Apa sahaja arahan dan panduan serta nasihat yang akan diberikan, akan dipatuhi TH.
“Sudah tentu Kerajaan Arab Saudi telah memikirkan isu keselamatan ini dan menjadi keutamaan untuk jamin keselamatan bakal jemaah-jemaah haji,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Kementerian Luar, 45 NGO bekerjasama hantar bantuan ke Palestin – Zambry
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Penghargaan TH kepada Jemaah Haji 1444H/2023M, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menolak, kemungkinan berlaku pengurangan kuota jemaah haji disebabkan konflik di Gaza.
Katanya, permohonan bagi kuota tambahan jemaah haji Malaysia musim hadapan telah dilakukan dan masih menunggu jawapan daripada Arab Saudi.
“Segala persiapan yang dibuat TH mengambil kira kuota seramai 31,600 bakal jemaah haji yang akan berangkat melakukan ibadah itu nanti,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, jemaah haji dilindungi insurans disediakan TH dan Kerajaan Arab Saudi sebaik sahaja memperoleh visa.
“Kita harap dengan jaminan ini bakal jemaah-jemaah haji tenang untuk lakukan ibadah haji tahun depan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

