PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan perkataan ‘maha kaya’ yang merujuk kepada orang-orang kaya.
Malah, menurut beliau, perkataan maha itu juga boleh dipadankan dengan perkataan-perkataan lain dan tidak eksklusif kepada perkataan tertentu sahaja.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyarankan ahli Parlimen pembangkang untuk menelaah lebih dalam perihal tatabahasa yang digunakan.
“Ada yang kata, mana ada maha kaya. Tidak betul… Mahasiswa, ada pula. Ada lagi istilah seumpamanya, maha adil. Sebab ada yang kata tidak boleh. Ini hukum. Ini hanya untuk Allah SWT (Maha Suci), paling tidak, maha mulia hanya untuk pada sultan. Mahasiswa boleh, mahaguru boleh, mahawangsa boleh. Ini kena belajar bahasa la.
“Saya tanya Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah ini, ia ikut zaman. Dulu tidak ada alaf, tidak ada mampan, tidak ada ketelusan. Saya setuju dengan Ahli Parlimen Bera supaya kita sama-sama memperkasakan Bahasa Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

